Saturday, November 21, 2009

Our Study


Universiti Sains Malaysia
Minden, 11800
Pulau Pinang



Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS)
Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya
93350 Kuching, Sarawak.

















Ada apa dengan Cinta??

Apa itu Cinta? Ada apa dengan Cinta..? Cuma orang yang bercinta yang tahu menjawabnya..dan cuma yang sedang bercinta..tahu betapa kuatnya kuasa cinta. Kadang2 sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata makna sebenar Cinta..kerana cinta membuat kita terus hidup..cinta membuat kita leka akan keindahan dunia..cinta adalah kunci kepada segalanya. Percaya atau tidak? Hanya orang yang bercinta dapat menjawabnya.


Dalam hidup memang cinta membuat ku terus hidup..ya kerana aku tidak dapat hidup tanpa Monica...wanita yang amat ku cintai..wanita yang amat ku sayangi. Semuanya kerana cinta..tanpa ada sesiapa yang memaksa ku menyintainya..tanpa ada sesiapa yang memaksa aku menerima segala kekurangannya.

Memang aku tidak menyangka pada mulanya hubungan jarak jauh antara kami berdua boleh sampai ke tahap ini..ke tahap yang mungkin sesetengah orang tidak mampu untuk meghadapinya. Tapi, itulah kuasa cinta..ia membuat kita percaya pada kenyataan..percaya pada kebenaran dunia. Aku tidak minta yang sempurna dimataku..tidak meminta yang sempurna di mata orang lain..tapi aku hanya pinta ketulusan wanita yang menyintaiku.

Aku tahu diriku bukanlah sempurna akal sifatnya..aku juga ada kekurangannya..jadi apa salahnya kita jadikan ia satu kekuataan untuk kita terus bersama. Masing2 ada kekurangan..masing2 ada kelebihan..x ada yang sempurna..x kan wujud Mr.Perfect..dan x kan wujud Mrs.Perfect..tapi kita boleh mencari kesempurnaan dari pelbagai sudut.

Jujur ku katakan diriku tidak pernah menduakan wanita kesayanganku..walaupun diriku jauh darinya..walaupun ku terpaksa menanggung derita merindui dia. Aku belajar erti kesabaran..aku belajar erti ketabahan dengannya. Aku x mahu kehilangannya..aku tidak mahu megecewakan perasaannya..kerana aku sudah melalui semuanya. Aku faham semua situasinya..dan aku faham keadaannya. Aku tidak sama sekali fikir tentang pekara yang telah dia lakukan..dan x akan ku jadikan semua kenangan silamnya sebagai alasan untuk aku meninggalkannya.

Aku hanya ingin dia tahu..yang aku benar2 menyintainya..ku benar2 menyayangi..dan aku benar2 merindui dia selama ini. Kadang kala diriku tidak lepas daripada perasaan curiga..ya perasaan yang semua orang akan mengalaminya. Aku akan selalu bertanya..dan akan bertanya..dan bukanlah aku tidak mempercayai kata-kata dirinya..cuma aku ingin dia tahu aku benar2 mengambil berat tentang kehidupan sehariannya. Aku x ingin sesiapa terluka antara kami berdua..x ingin sesiapa menyebut kata"I Don't LoVe u Anymore" ...tapi aku inginkan kami sentiasa menyebut "I Love u Forever".


Betapa besarnya kuasa cinta..kami benar-benar merasai sehingga kini, sehingga aku ada impian dengannya..ya impian yang kami sama2 ingin bina selamanya. Peter & Monica itulah nama yang akan tetap kekal bergandingan bersama..satu nama yang tidak akan terpisah oleh apa2 halangan sekalipun..kerana itulah nama Cinta kami berdua

Friday, November 20, 2009

Impian Kami



IMPIAN..kami mempunyai segala impian. Sukar untuk dijelaskan berapa banyak impian yang kami inginkan. Kata orang tidak salah jika ada impian..ia membuat kita lebih tabah untuk menghadapi hidup ini. Namun, adakah impian kami benar-benar terjadi? Adakah segala yang kami impikan nanti menjadi realiti...semuanya perlukan segala ketabahan..perlukan segala ketabahan..perlukan segala pergorbanan.

Apa itu impian??

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Seriously…

Cuba pejamkan mata sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam hidup ini?”.

Ok!.. cuba buat sekarang…

Ok.. pejam kan mata tu..

Pejamlah….

Baiklah!.. Adakah anda dapat menjawapnya?

Mungkin jawapan anda… aku inginkan sebuah kehidupan yang bahagia! (eh?! memanglah!.. kan semua orang nak hidup bahagia?)..

Persoalannya…. adakah hidup anda tidak bahagia sekarang? Eh! Bahagia juga..

Abistu? Kenapa nak inginkan hidup bahagia lagi? Kan dah bahagia sekarang? Nak bahagia macam mana lagi?

Ho! ho! ho!…

Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?

Adakah dengan memiliki rumah yang besar?
Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?
Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?
Adakah dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?
Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?

Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.

Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?

Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.

Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “Apakah yang anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Seriously, soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…

Tak perlu menulis jawapan anda disini.. jawap sahaja di dalam hati anda dengan ikhlas.. usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas… Semoga , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.