Saturday, November 21, 2009

Ada apa dengan Cinta??

Apa itu Cinta? Ada apa dengan Cinta..? Cuma orang yang bercinta yang tahu menjawabnya..dan cuma yang sedang bercinta..tahu betapa kuatnya kuasa cinta. Kadang2 sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata makna sebenar Cinta..kerana cinta membuat kita terus hidup..cinta membuat kita leka akan keindahan dunia..cinta adalah kunci kepada segalanya. Percaya atau tidak? Hanya orang yang bercinta dapat menjawabnya.


Dalam hidup memang cinta membuat ku terus hidup..ya kerana aku tidak dapat hidup tanpa Monica...wanita yang amat ku cintai..wanita yang amat ku sayangi. Semuanya kerana cinta..tanpa ada sesiapa yang memaksa ku menyintainya..tanpa ada sesiapa yang memaksa aku menerima segala kekurangannya.

Memang aku tidak menyangka pada mulanya hubungan jarak jauh antara kami berdua boleh sampai ke tahap ini..ke tahap yang mungkin sesetengah orang tidak mampu untuk meghadapinya. Tapi, itulah kuasa cinta..ia membuat kita percaya pada kenyataan..percaya pada kebenaran dunia. Aku tidak minta yang sempurna dimataku..tidak meminta yang sempurna di mata orang lain..tapi aku hanya pinta ketulusan wanita yang menyintaiku.

Aku tahu diriku bukanlah sempurna akal sifatnya..aku juga ada kekurangannya..jadi apa salahnya kita jadikan ia satu kekuataan untuk kita terus bersama. Masing2 ada kekurangan..masing2 ada kelebihan..x ada yang sempurna..x kan wujud Mr.Perfect..dan x kan wujud Mrs.Perfect..tapi kita boleh mencari kesempurnaan dari pelbagai sudut.

Jujur ku katakan diriku tidak pernah menduakan wanita kesayanganku..walaupun diriku jauh darinya..walaupun ku terpaksa menanggung derita merindui dia. Aku belajar erti kesabaran..aku belajar erti ketabahan dengannya. Aku x mahu kehilangannya..aku tidak mahu megecewakan perasaannya..kerana aku sudah melalui semuanya. Aku faham semua situasinya..dan aku faham keadaannya. Aku tidak sama sekali fikir tentang pekara yang telah dia lakukan..dan x akan ku jadikan semua kenangan silamnya sebagai alasan untuk aku meninggalkannya.

Aku hanya ingin dia tahu..yang aku benar2 menyintainya..ku benar2 menyayangi..dan aku benar2 merindui dia selama ini. Kadang kala diriku tidak lepas daripada perasaan curiga..ya perasaan yang semua orang akan mengalaminya. Aku akan selalu bertanya..dan akan bertanya..dan bukanlah aku tidak mempercayai kata-kata dirinya..cuma aku ingin dia tahu aku benar2 mengambil berat tentang kehidupan sehariannya. Aku x ingin sesiapa terluka antara kami berdua..x ingin sesiapa menyebut kata"I Don't LoVe u Anymore" ...tapi aku inginkan kami sentiasa menyebut "I Love u Forever".


Betapa besarnya kuasa cinta..kami benar-benar merasai sehingga kini, sehingga aku ada impian dengannya..ya impian yang kami sama2 ingin bina selamanya. Peter & Monica itulah nama yang akan tetap kekal bergandingan bersama..satu nama yang tidak akan terpisah oleh apa2 halangan sekalipun..kerana itulah nama Cinta kami berdua

No comments:

Post a Comment