Sunday, January 17, 2010

17.1.2010..Salahkah aku bersikap demikian?

17.1.2009..pada hari ini..tanpa ku duga..tarikh tersebut hampir memutuskan hubungan kami sekali lagi. Adakah aku salah..? patutkah aku dipersalahkan? Aku cuma ingin dia sedar bahawa aku amat menyintai. Bukan niatku ku menghalang kebebasan dirinya, tapi sedarlah ianya untuk kebaikan dirinya. Cubalah dia berterus terang jika tidak suka dengan sikapku yang suka menghalang kebebasan dirinya..aku pasrah..dan aku boleh bertolak ansur.

Aku cuma inginkan dia gembira..tapi janganlah selalu menyimpan perasaan dalam hati..kalau x diluahkan siapa yang tahu..Hanya Kamu dan Tuhan sahaja yang tahu. Aku memang tidak suka jika dia berbohong padaku..kerana tidak pernah aku berbohong jika aku keluar kemana-mana. Bukan aku tidak faham situasi dia disana, tapi pernahkah dia beritahu masalah sebenarnya, jika aku bertanya..dia jarang nak luahkan apa yang dia alami..kecualilah apabila sesuatu pekara tersebut sudah terjadi..barulah segalanya akan terjawab.

Harap dia tahu apa yang dia buat..apa yang baik dan apa yang buruk..segalanya bermula dari dirinya sendiri. Aku pun x tahu nak cakap apa sekarang ni..biarlah semua yang terjadi pergi begitu sahaja. Sekarang aku x kan halang kebebasannya..buatlah apa yang dia rasa terbaik untuknya..mungkin aku bukan org yang layak untuk mempersoalkan segalanya..



No comments:

Post a Comment