Sunday, January 17, 2010

HAPPY BIRTDAY MONICA..17.1.2010





17.1.2010..Salahkah aku bersikap demikian?

17.1.2009..pada hari ini..tanpa ku duga..tarikh tersebut hampir memutuskan hubungan kami sekali lagi. Adakah aku salah..? patutkah aku dipersalahkan? Aku cuma ingin dia sedar bahawa aku amat menyintai. Bukan niatku ku menghalang kebebasan dirinya, tapi sedarlah ianya untuk kebaikan dirinya. Cubalah dia berterus terang jika tidak suka dengan sikapku yang suka menghalang kebebasan dirinya..aku pasrah..dan aku boleh bertolak ansur.

Aku cuma inginkan dia gembira..tapi janganlah selalu menyimpan perasaan dalam hati..kalau x diluahkan siapa yang tahu..Hanya Kamu dan Tuhan sahaja yang tahu. Aku memang tidak suka jika dia berbohong padaku..kerana tidak pernah aku berbohong jika aku keluar kemana-mana. Bukan aku tidak faham situasi dia disana, tapi pernahkah dia beritahu masalah sebenarnya, jika aku bertanya..dia jarang nak luahkan apa yang dia alami..kecualilah apabila sesuatu pekara tersebut sudah terjadi..barulah segalanya akan terjawab.

Harap dia tahu apa yang dia buat..apa yang baik dan apa yang buruk..segalanya bermula dari dirinya sendiri. Aku pun x tahu nak cakap apa sekarang ni..biarlah semua yang terjadi pergi begitu sahaja. Sekarang aku x kan halang kebebasannya..buatlah apa yang dia rasa terbaik untuknya..mungkin aku bukan org yang layak untuk mempersoalkan segalanya..



Saturday, January 16, 2010

HAPPY BIRTDAY MONICA..

MONICA cyg..esok hari jadimu yang ke 20 tahun..pa harap dengan kedatangan hari jadimu kali ini, membuat dirimu lebih matang dalm menempuhi segala cabaran hidup yang mendatang.
Ingatlah pa disini akan tetap menyintaimu sampai bila2. Maafkan pa..kerana tidak dapat untuk bersama ma..pada hari esok untuk menyambut hari lahirmu..namun pa tetap ingat padamu ma. Semoga segala apa yang ma impikan akan tercapai...HAPPY BIRTHDAY TO U..HAPPY BIRTHDAY TO U..HAPPY BIRTHDAY TO MONICA..HAPPY BIRTHDAY TO U..Selamat Menyambut Hari jadi ma cyg...I LOVE U FOREVER...




Friday, January 15, 2010

Cinta Sejati perlu dipupuk

Cinta yang sejati lahir dari hati yang suci..ia perlu dipupuk hari demi hari. Janganlah mudah mengalah untuk menempuh segala apa cabaran dan dugaan yang datang..janganlah mudah putus asa dengan segala cubaan dan rintangan yang sememangnya cuba untuk meruntuhkan ikatan cinta sejati. Ingatlah..hanya kamu yang tahu apa yang kamu rasa..hanya kamu yang faham apa yang kamu lalui..dan kongsilah ia bersama..kerana kita adalah satu..kita adalah sama..kerana kita ada Cinta Sejati.. cinta yang akan kekal abadi sampai ke mati.
Belajarlah dari kesilapan..belajarlah dari kesenggsaraan..belajarlah dari kegembiraan..kerana semuanya tidak kekal abadi..melainkan cinta yang ada dalam hati..



Saturday, November 21, 2009

Our Study


Universiti Sains Malaysia
Minden, 11800
Pulau Pinang



Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS)
Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya
93350 Kuching, Sarawak.

















Ada apa dengan Cinta??

Apa itu Cinta? Ada apa dengan Cinta..? Cuma orang yang bercinta yang tahu menjawabnya..dan cuma yang sedang bercinta..tahu betapa kuatnya kuasa cinta. Kadang2 sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata makna sebenar Cinta..kerana cinta membuat kita terus hidup..cinta membuat kita leka akan keindahan dunia..cinta adalah kunci kepada segalanya. Percaya atau tidak? Hanya orang yang bercinta dapat menjawabnya.


Dalam hidup memang cinta membuat ku terus hidup..ya kerana aku tidak dapat hidup tanpa Monica...wanita yang amat ku cintai..wanita yang amat ku sayangi. Semuanya kerana cinta..tanpa ada sesiapa yang memaksa ku menyintainya..tanpa ada sesiapa yang memaksa aku menerima segala kekurangannya.

Memang aku tidak menyangka pada mulanya hubungan jarak jauh antara kami berdua boleh sampai ke tahap ini..ke tahap yang mungkin sesetengah orang tidak mampu untuk meghadapinya. Tapi, itulah kuasa cinta..ia membuat kita percaya pada kenyataan..percaya pada kebenaran dunia. Aku tidak minta yang sempurna dimataku..tidak meminta yang sempurna di mata orang lain..tapi aku hanya pinta ketulusan wanita yang menyintaiku.

Aku tahu diriku bukanlah sempurna akal sifatnya..aku juga ada kekurangannya..jadi apa salahnya kita jadikan ia satu kekuataan untuk kita terus bersama. Masing2 ada kekurangan..masing2 ada kelebihan..x ada yang sempurna..x kan wujud Mr.Perfect..dan x kan wujud Mrs.Perfect..tapi kita boleh mencari kesempurnaan dari pelbagai sudut.

Jujur ku katakan diriku tidak pernah menduakan wanita kesayanganku..walaupun diriku jauh darinya..walaupun ku terpaksa menanggung derita merindui dia. Aku belajar erti kesabaran..aku belajar erti ketabahan dengannya. Aku x mahu kehilangannya..aku tidak mahu megecewakan perasaannya..kerana aku sudah melalui semuanya. Aku faham semua situasinya..dan aku faham keadaannya. Aku tidak sama sekali fikir tentang pekara yang telah dia lakukan..dan x akan ku jadikan semua kenangan silamnya sebagai alasan untuk aku meninggalkannya.

Aku hanya ingin dia tahu..yang aku benar2 menyintainya..ku benar2 menyayangi..dan aku benar2 merindui dia selama ini. Kadang kala diriku tidak lepas daripada perasaan curiga..ya perasaan yang semua orang akan mengalaminya. Aku akan selalu bertanya..dan akan bertanya..dan bukanlah aku tidak mempercayai kata-kata dirinya..cuma aku ingin dia tahu aku benar2 mengambil berat tentang kehidupan sehariannya. Aku x ingin sesiapa terluka antara kami berdua..x ingin sesiapa menyebut kata"I Don't LoVe u Anymore" ...tapi aku inginkan kami sentiasa menyebut "I Love u Forever".


Betapa besarnya kuasa cinta..kami benar-benar merasai sehingga kini, sehingga aku ada impian dengannya..ya impian yang kami sama2 ingin bina selamanya. Peter & Monica itulah nama yang akan tetap kekal bergandingan bersama..satu nama yang tidak akan terpisah oleh apa2 halangan sekalipun..kerana itulah nama Cinta kami berdua

Friday, November 20, 2009

Impian Kami



IMPIAN..kami mempunyai segala impian. Sukar untuk dijelaskan berapa banyak impian yang kami inginkan. Kata orang tidak salah jika ada impian..ia membuat kita lebih tabah untuk menghadapi hidup ini. Namun, adakah impian kami benar-benar terjadi? Adakah segala yang kami impikan nanti menjadi realiti...semuanya perlukan segala ketabahan..perlukan segala ketabahan..perlukan segala pergorbanan.